Projek Orang Baik kini kembali dengan misi Iftar Ramadan.
Matlamat kami ringkas:
Memastikan setiap individu dapat berbuka puasa dengan sempurna dan tepat pada waktunya.
Ramadan bukan sekadar tentang apa yang kita nikmati di meja berbuka,
tetapi tentang siapa yang masih di jalanan, berkejar dengan waktu, dan berbuka seadanya.
Di bandar yang bergerak pantas, tidak semua orang sempat pulang ke rumah.
Ada yang berbuka di tempat kerja, di atas motor, di perhentian bas, atau di tepi jalan, bukan
kerana mereka tidak bersyukur, tetapi kerana keadaan hidup yang menuntut begitu.
Atas kesedaran ini, Projek Orang Baik Altruis memperkenalkan
Projek Iftar Orang Baik Ramadan 1447H, sebuah inisiatif iftar "xpress" yang pantas,
praktikal dan berfokus kepada keperluan sebenar masyarakat bandar.
✨ Apa yang menjadikan projek ini berbeza?
Iftar Express | QuickGrab untuk yang On-the-Road
Siapa yang akan mendapat manfaat bagi Tajaan Iftar Orang Baik Ramadan ini?
- Orang awam yang tidak sempat pulang berbuka
- Rider & pemandu serta Pekerja shif
Sasaran kami sejumlah 2,700 pek di edarkan bagi sepanjang 27 hari Ramadan.
Agihan dibuat secara pantas, teratur dan tepat waktu, dengan makanan yang mudah dibawa dan terus dinikmati.
Agihan dilakukan selama 27 hari sepanjang Ramadan, dengan jadual dan pasukan yang tersusun.
Sertai keluarga besar Altruis. Mari kita jadi "Orang Baik" yang membahagiakan orang lain.
Maklumat lengkap, kemas kini projek, gambar dan video pelaksanaan
boleh diakses melalui laman web rasmi dan media sosial Altruis.
https://altruis.my/orang-baik-ramadan/
Kutipan Semasa
RM {nilai_semasa}
Sasaran Kutipan
RM {nilai_sasaran}